Thursday, August 9, 2007

Kelahiran Mohd Danial Jee.

Penat sungguh malam itu, aku tertido awal. Kol 11 dah tido didepan bilik TV. Terlena sehinggalah ke pukol 1215 apabila istriku memanggil supaya tido didalam bilik. Aku pun ke bilik dan terus naik ke tilam. Tak lama kemudian istriku memanggil dari bilik air. Istriku mengatakan bahawa dia mengalami pendarahan. aku terkejut dan malam tu juga aku membawa istriku ke Bilik Bersalin Hospital Sultanah Bahiyah 1235am (7hb Ogos 2007). Sesaat bagaikan sejam. dan terpkasa menunggu sampai ke jam 8.00 pagi apabila staff nurse memanggil aku untuk masuk ke wad bersalin Bilik 13. Aku pun masuk menemani istriku. Tepat jam 8.32am istriku selamat bersalin seorang putera dengan berat badan 2.73kg. Sepatutnya dijadualkan lahir pada 22hb Ogos 2007 Tetapi puteraku lahir 15hari lebih awal. alangkah gembiranya hati melihat anakku menangis dan lahir dengan sihat dan cukup bulan. Kami telah memilih nama Mohd Danial Jee sebagai nama putera kami. Jee adalah nama keluargaku. Selamat Lahir Sayang dan selamat datang. Ayah dan ibu sayangkan Danial.

No comments: