Hati siapa yang tidak gembira melihat anaknya tersenyum sewaktu dipanggil. Seawal jam 5 pagi Danial menangis meminta susu. Dan setelah kenyang diapun tidur semula dan bangkit pada pukul 9 pagi dan terus dimandikan. Kedua dua kami suami isteri adalah orang Sarawak yang sekarang bertugas di hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star Kedah. Danial adalah kelahiran kedah. dan berbangga menjadi orang "Kedah". Dimana bumi dipijakk disitu langit dijunjung. Tak kisah dimana dilahirkan asalkan di malaysia.
Ayah dan Ibu Sayangkan Danial.
Thursday, August 9, 2007
Kelahiran Mohd Danial Jee.
Penat sungguh malam itu, aku tertido awal. Kol 11 dah tido didepan bilik TV. Terlena sehinggalah ke pukol 1215 apabila istriku memanggil supaya tido didalam bilik. Aku pun ke bilik dan terus naik ke tilam. Tak lama kemudian istriku memanggil dari bilik air. Istriku mengatakan bahawa dia mengalami pendarahan. aku terkejut dan malam tu juga aku membawa istriku ke Bilik Bersalin Hospital Sultanah Bahiyah 1235am (7hb Ogos 2007). Sesaat bagaikan sejam. dan terpkasa menunggu sampai ke jam 8.00 pagi apabila staff nurse memanggil aku untuk masuk ke wad bersalin Bilik 13. Aku pun masuk menemani istriku. Tepat jam 8.32am istriku selamat bersalin seorang putera dengan berat badan 2.73kg. Sepatutnya dijadualkan lahir pada 22hb Ogos 2007 Tetapi puteraku lahir 15hari lebih awal. alangkah gembiranya hati melihat anakku menangis dan lahir dengan sihat dan cukup bulan. Kami telah memilih nama Mohd Danial Jee sebagai nama putera kami. Jee adalah nama keluargaku. Selamat Lahir Sayang dan selamat datang. Ayah dan ibu sayangkan Danial.
Subscribe to:
Posts (Atom)